Sale!

Formula Kebahagiaan Rumah...

RM16.93

 

Setiap pasangan perlu mempelajari contoh Rasullah SAW sebagai pemimpin rumah tangga, apatah lagi sebagai seorang lelaki selaku pemimpin generasi. Penggunaan amalan bahasa yang sesuai akan menambat hati dan emosi, meredakan ketegangan, menambahkan kasih sayang serta memberikan kebahagiaan kepada pasangan.

Bahasa kepemimpinan rumah tangga baginda yang dirumuskan di sini meliputi tujuh amalan bahasa iaitu bahasa perundingan, bahasa tegas, bahasa
izin, bahasa ekspresif, bahasa kiasan, bahasa senyap dan nafi beserta keterangan. Amalan bahasa ini didapati digunakan oleh baginda dalam situasi-situasi tertentu.

Amalan bahasa yang sesuai akan dapat mengelakkan daripada salah faham atau krisis dalam rumah tangga lebih-lebih lagi baginda menguruskan seramai sembilan orang isteri dalam satu masa.

———————————————————————————————

ARIZA BINTI ABDULLAH merupakan Guru Bahasa Arab di Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lulusan B.A. Bahasa Arab dan Syariah, University of Jordan (1995). M.A Penterjemahan, Islamic Institute for Translation, Khartoum, Sudan (2000) dalam bidang penterjemahan ekonomi Islam. PhD Bahasa Arab dalam analisis wacana teks hadis, Universiti Putra Malaysia (2019).

TAJ RIJAL BIN MUHAMAD ROMLI merupakan pensyarah kanan bahasa Arab di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lulusan B.A. Bahasa Arab dan Syariah, University of Jordan (1995). M.A Penterjemahan, Islamic Institute for Translation, Khartoum, Sudan (2000) dalam bidang penterjemahan perbankan Islam. PhD Bahasa Arab dalam bidang korpus dan penterjemahan, Universiti Putra Malaysia (2017).

Kedua-dua penulis merupakan pasangan suami-isteri dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

 

Category:

Loading…

Home
Account
0
Cart
Gallery
Search