Sale!

Tidak Miskin dengan Sedekah

Original price was: RM26.80.Current price is: RM14.11.

 

Karya Tidak Miskin Dengan Sedekah (The Power of Giving) ini dihasilkan oleh Siti Aminah Ismail dan bernaung di bawah terbitan Pustaka Azhar.

Karya yang memberi suntikan serta mendidik rasa ikhlas dalam pemberian ini sangat bermanfaat untuk dimiliki. Karya ini disediakan dalam bentuk buku fizikal dan digital di platform ThinkerBookMarket.

Sila hubungi thinkercampteam@gmail.com untuk tempahan buku fizikal.

—————————————————————————————–

Apabila Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, kemudian bumi pun menjadi pegun.

Para malaikat terhairan-hairan akan peciptaan gunung itu.

Kemudian mereka bertanya. “Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada gunung?”

Allah menjawab, “Ada, iaitu besi.”

Para malaikat pun kembali bertanya, “Ya Rabbi, adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih kuat daripada besi?”

Allah menjawab, “Ada, iaitu api.”

Para malaikat bertanya lagi, “Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada api?”

Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada,iaitu air.”

“Ya Rabbi,adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih kuat daripada air?” tanya para malaikat.

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada,iaitu angin.”

Akhirnya,para malaikat pun bertanya lagi, “Ya Allah,adakah sesuatu penciptaanMu yang lebih daripada semua itu?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatanNya pun menjawab,

“Ada,iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya,”

Categories: , ,

Loading…

Home
Account
0
Cart
Gallery
Search