Guru Sedetik Lara

RM19.00

Category:

Description

Sinopsis :

Karya ini bercerita tentang seorang guru wanita yang Bernama Cikgu Manja berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bidang pendidikan. Meskipun begitu berat cabaran tersebut, Cikgu Manja berusaha menghadapinya dan mengawal tekanan emosinya. Beliau tidak terus mengalah. Kebergantungan hidup kepada Allah SWT telah memberikan kekuatan kepadanya untuk bersabar berhadapan dengan ujian.Oleh sebab semangatnya yang kuat, dia meneruskan perjuangan mendidik anak muridnya. Setiap kali pengajarannya, diselitkan kisah pengajaran dan pesanan yang menjentik hati.

Dalam masa yang sama Cikgu Manja berhadapan dengan sikap guru-guru yang menyebabkan Cikgu Manja berasa sedih dan rendah diri. Cikgu Manja sedar bahawa dirinya itu bukanlah siapa-siapa melainkan seorang guru sandaran yang dibeza-bezakan. Namun demikian, tidak ada cara yang terbaik untuk bebas daripada kesedihan kecuali dengan menyerahkan semua urusan kepada Yang Maha Kuasa.

Karya ini mengandungi himpunan kisah guru yang disampaikan dalam bentuk dakwah santai. Kisah pengalaman hidup seorang guru yang berkisar tentang isu masyarakat di sekitarnya. Terdapat berbagai-bagai kisah pengajaran yang dapat dijadikan teladan ketika kita diberikan ujian.

Loading…

Home
Account
0
Cart
Gallery
Search