Sale!

Dr Raiha Ahmad – Jerat...

Original price was: RM19.75.Current price is: RM16.93.

 

“Nak terus ke Penang? Sekarang ni juga nak terus ke sana? Betul ke adik nak gerak ke Penang ni?” bertimpa-timpa soalan pak cik selepas berpusing-pusing memeriksa keadaan keretaku.

“Ya, ke arah ini ke pak cik?” soalku naif, berserta yakin.

“Betul ke adik nak balik malam ni? Ni Jeli, depan tu kalau terus dah masuklah Gerik. Tapi ni dah nak masuk malam ni dik,adik sorang je ke? bahaya ni,” sekali lagi pak cik yang menjual rambutan di tepi jalan ini ligat memerhati bahagian hadapan dan belakang keretaku.

Loghat Kelantannya sesekali cuba diubah mengikut lenggok loghat Johorku.

Hatiku mula mengecut dek pandangan pak cik seakan polis yang sedang menghidu bau penjenayah.

——————————————————————-

Jerat Puaka Gerik (JPG), ebook yang mengisahkan pengembaraan penyelidik iaitu Rai yang selalu ditugaskan menjalankan kajian lapangan ke serata kawasan.

Kisah ini diadaptasi daripada kisah pengembaraannya pada sekitar tahun 2006 dan 2007.

Kali ini pengembaraannya berbeza. Beliau ditugaskan ke Kota Bharu, malangnya Rai terjerat di Gerik hingga membawa puaka pada dirinya.

Senja menjelma. Laluan ke Gerik semakin gelap, ditemani hujan, Rai semakin keliru.

Dirinya seakan dipaku di situ.

Adakah Rai akan tetap memandu pulang ke Penang melalui laluan Gerik?

Atau adakah Rai akan berpatah balik ke Kota Bharu semula?

Ternyata ada sesuatu yang sedang menunggu dirinya di situ. Mampukah Rai bertahan?

Dapatkan Ebook Jerat Puaka Laluan Gerik, karya kreatif oleh Dr Raiha Ahmad di ThinkerBook.

 

Categories: , ,

Loading…

Home
Account
0
Cart
Gallery
Search