Sale!

Amina Ali – Enigma Kawat...

Original price was: RM19.75.Current price is: RM16.93.

Categories: ,

Description

 

“Lisa nak terus berjuang atau nak balik?” dia menjentik sedar.

Menemani atuk ke Sandakan bukan sahaja demi tugas tetapi keinginan yang tidak berkesudahan. Melawat Taman Peringatan Sandakan, membangkit keinginan mahu melihat kawat maut Kudat-Jesselton diabadikan dan dikenang serupa tawanan perang dan sumbangan penduduk tempatan Sandakan-Ranau.

Lisa tidak pernah bersetuju dengan atuknya kerana sejarah hanya mencatatkan Kawat Maut Sandakan-Ranau.

Alexander memilih perubahan. Namun perubahan itu perlukan manusia seberani Lisa.

Cuak dengan sikap keluarganya, Lisa nekad lari tetapi penemuan diari atuk mengiakan perubahan.

Lisa bukan sahaja terkesan dengan enigma anak kecil yang merindui kepulangan sang ayah.

Perkongsian Encik Lo Vun Chan, tawanan yang berjaya memboloskan diri dari kawat maut Kudat-Jesselton terhadap mendiang moyang menghibakan. Lisa tidak jadi lari.

Pemikirannya menerawang pada abad ke-19 dan abad ke-20 sehingga dia merentasi masa dan kembali ke zaman silam.

Melihat suasana perubahan kehidupan dan sebuah perjuangan yang diakhiri dengan kawat maut. Isi daging terasa disiat-siat. Pedih terhiris menyaksikan penyeksaan ke atas moyang.

Lisa menyaksikan sendiri bagaimana moyang dan tawanan yang lain dipancung dengan kejam. Takana diayun menyentuh tengkuk.

Zuppp! Kepala bercerai badan! Darah membuak-buak!

Pada sebuah pertemuan, berakhir dengan rentak tangis tragis!

“Moyanggg!”

Terpekik. Menangis meraung, mendakap tubuh yang tidak berkepala lagi.

Loading…

Home
Account
0
Cart
Gallery
Search