Sale!

Amina Ali – Siber Tempur...

Original price was: RM19.75.Current price is: RM16.93.

 

”Seperti yang saya katakan tadi, manis beriring pahit.” Dia seperti sudah selesai. 

”Awak, siapa?” suara perlahan dan bergetar.

Firdaus, Rayhana, Iris Wong, Elisya dan Nathan, lima sekawan yang terpaksa menerima kehadiran Daichi sebagai anggota kumpulan kerana kelebihan pelajar itu untuk menyempurnakan projek Kejuruteraan Tingkatan 4. Mereka sepakat membuat perbincangan dan menyempurnakan projek di rumah Daichi kemudian menyingkirkan rakan sekelas itu melalui taktik kotor.

Walau bagaimanapun, keberadaan di rumah Daichi mengubah segalanya. Iris Wong yang menyedari kehadiran bilik uji telah menarik minat empat rakannya untuk membuat uji lari ke atas projek Terapi Imbangan Emosi (TIE). TIE merupakan projek ibu dan ayah Daichi yang baru sahaja dibangunkan tetapi belum diuji lari lantaran kesibukan kerja. Idea pembangunan tercetus hasil daripada pemerhatian terhadap permasalahan sosial pada era transisi teknologi. Ia merupakan sebuah permainan maya yang berupaya meneutralkan emosi manusia. Tegahan dan larangan Daichi tidak dihiraukan tanpa memikirkan kesan akibatnya.

Firdaus-selekeh, berada antara pergunungan dan laut. Dia jatuh sakit sebelum sembuh. Rayhana-sensitif, jatuh miskin di pelayaran. Iris Wong-pemarah, memegang jawatan majikan. Menderita dalam penjara lantaran disabotaj pekerja. Elisya-penakut, mencabar diri dalam hutan dan hampir mati. Nathan-baik dan cemerlang, dicemburui lalu dikhianati. Kelima-limanya terpaksa mengharungi cabaran yang hampir-hampir menewaskan mereka.

Pada masa yang sama, Daichi selaku pemerhati berusaha mengawal permainan rakan-rakannya. Gagal menghentikan permainan itu, pilihan pada risiko. Pemain lesap dan tidak mungkin pulang. Daichi tidak ada pilihan melainkan tunggu dan lihat. Melegakan tekanan, meneutralkan emosi dan menukar emosi negatif kepada positif, misi TIE. Kelima-limanya berjaya melepasi cabaran setelah misi selesai. Walau bagaimanapun, permainan memberi kesan mendalam dan tidak mudah dilupakan.

Categories: , ,

Loading…

Home
Account
0
Cart
Gallery
Search