Amina Ali

Bagaimana saya bermula dengan ThinkerBook?

Dunia digital memperkenalkan sesiapa saja tanpa sempadan. Sesuatu yang baharu perlu dicuba.

Ya, budaya membaca turut mengalami perubahan. Membaca melalui skrin antara yang menjadi pilihan semasa.

Saya percaya, ThinkerBook mengambil langkah yang tepat, selari dan memenuhi keperluan era digital.

Pentadbir UMS & Penulis Kawat Maut & Gerak Gempur F.R.I.E.N.D

Zoul Ahmad

SAMBUT TAHUN BARU DENGAN KURSUS PENULISAN THINKERBOOK

Sebenarnya sudah lama saya tinggalkan dunia penulisan, sejak 2008.

Bakat dalam bidang penulisan tidak dapat dikembangkan kerana agak sukar untuk mendapatkan kelas-kelas penulisan ketika itu.

Sejak zaman persekolahan saya banyak menulis, namun hanya sekadar di atas kertas, meluahkan apa yang terbuku di dalam hati dan selepas menulis, saya buang kertas-kertas itu.

Alhamdulillah, sekarang tidak lagi.

Tarikh 29,30,31 Disember 2021 bermulanya perjalanan saya bersama ThinkerBook.

Kelainan yang ada daripada ThinkerBook ialah perkongsian ilmu yang dikelolakan oleh Dr Raiha Ahmad.

Hingga kini saya tidak menyangka, saya hampir menyiapkan Ebuku pertama saya, malah tanpa disengajakan premis cerita kedua saya juga mula muncul.

Nantikan kemunculan Ebuku solo tentang pengalaman perjalanan hidup yang bermakna.

InshaAllah, harapnya Allah mudahkan usahasama saya bersama pihak ThinkerBook.

Peniaga & Penulis Solo Ebook

Yus Alkiyuti

Alhamdulillah melalui perkenalan pengasas ThinkerBook, Dr Raiha Ahmad.

Dengan bimbingan beliau melalui kelas kelas secara dalam talian, Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan E Book sulung saya yang berjudul “Takkan Patah Balik”

Jika tanpa bimbingan sudah pasti penulisan saya akan terumbang-ambing dan tidak seimbang dan tidak mungkin boleh diterbitkan menjadi sebuah buku untuk dijual.

Alhamdulillah apabila mendengar maklum balas daripada pembaca.saya merasa amat berpuas hati dan kagum kerana tidak pernah menyangka bahawa akan ada orang sanggup membeli dan membaca tulisan saya.

Ia seakan-akan mimpi yang tidak pernah terfikir untuk digapai oleh tangan yang kerdil ini.

Terima kasih kepada Dr Raiha Ahmad kerana perkenalkan saya dengan ThinkerBook dan juga memberi ilmu dan bimbingan akan dunia penulisan kreatif.

Saya bangga menjadi penulis dan ahli keluarga ThinkerBook
Saya menyeru kepada semua penulis di luar sana marilah sama-sama kita bernaung di bawah ThinkerBook kerana nasib penulis lebih terbela di sini malahan imbuhan jualan juga lebih besar

YUS ALKIYUTI

PENULIS SOLO EBOOK

Nurul Augustine

Setiap kali selesai menulis, pelbagai persoalan bermain di minda saya.

Di mana hendak menghantar karya dan adakah karya saya akan diterbitkan?

Segalanya terjawab sejak saya mengenali Thinker Book yang diterajui oleh Dr Raiha Ahmad.

ThinkerBook bukan sekadar menerbit, malah memberi bimbingan dan motivasi kepada para penulis.

Kini, saya lebih yakin untuk menulis dan terus menulis sebagai khalifah di muka bumi ini.

Guru & Penulis

Rara Raiberry

Assalamualaikum dan Hai !

Saya merupakan gadis lepasan STPM dan sedang cuba menceburkan diri dalam bidang penulisan.

Saya seronok menyertai ThinkerBook kerana saya dapat belajar banyak perkara mengenai penulisan, pasaran penulisan, dan lain-lain.

ThinkerBook juga menyediakan kelas, nota, latihan dan sesi pembentangan tentang penulisan.

Penulisan saya semakin bertambah baik sejak saya bersama ThinkerBook dan belajar dari kelas Dr Raiha Ahmad.

Penulis

Nyna Naura

ThinkerBook memberi ruang dan peluang kepada penulis untuk berkarya secara bebas, kebebasan itulah yang diinginkan oleh penulis.

Bimbingan yang diberi juga sangat membantu saya untuk mengenali dengan lebih baik tentang dunia penulisan.

Oleh itu, saya sangat yakin untuk bergabung dengan ThinkerBook sebagai penulis.

Nyna Naura

Penulis Enovel & Solo Ebuku

Wan Adda

Pertemuan saya bersama ThinkerBook ibarat jodoh yang Allah S.W.T telah aturkan sejak sekian lama. Saya percaya setiap pertemuan itu ada hikmahnya. Menulis sudah lama bertapak dalam hati dan sanubari saya. Bermula dengan minat membaca sehinggalah tanpa saya sedari saya juga boleh menulis rupanya. Menulis sekadar suka-suka kerana tidak tahu ke mana boleh dihantar segala hasil penulisan saya untuk kritikan membina dan diterbitkan atas nama & usaha saya sendiri. Akhirnya, penantian saya berakhir apabila ThinkerBook terlintas dan menyapa lembut di suatu sudut muka buku media sosial.

Saya juga tertarik dengan misi & visi Dr Raiha Ahmad di ThinkerBook ini yang saya rasakan ada persamaan dengan apa yang diri saya mahu terutama dalam dunia penulisan masa kini.

Wan Adda

Penulis

Diana Mohd

Menulislah walau hanya sebaris ayat, menulislah dengan hati yang ikhlas,tarikan tintamu dengan bait-bait kata yang indah,
Ibarat alunan irama,yang bergemersik mencengkam jiwa,
Kerna, menulis dengan ungkapan kata berbisa,kita mampu mengubah dunia.

Matlamat ThinkerBook telah membina keyakinan diri dalam menzahirkan bakat saya sebagai penulis yang dikenali.

ThinkerBook bukan hanya bertindak sebagai pemasar, malah mengiringi dan membimbing saya untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

TERIMA KASIH THINKERBOOK!

Zainulariffin Zawawi

Saya telah menyertai ThinkerBook kerana saya mahu menimba
pelajaran baharu mengenai bidang penulisan.

Saya menyertai ThinkerBook ini juga dapat menimba ilmu pengetahuan dari Dr. Raiha dari segi kritikan
atau ulasan karya, penerangan definisi e-book dan fungsi penjualannya,
perbezaan antara cerpen dan novel dan sebagainya.

Ini membuatkan saya sedikit sebanyak dapat meningkatkan pemahaman saya akan penerangan Dr.
Raiha tersebut. Saya selaku penulis ThinkerBook berharap agar ThinkerBook
dijadikan sebagai rumah penerbitan yang terbaik di Malaysia pada suatu hari
nanti dan saya juga berharap agar ThinkerCamp Production juga dijadikan
sebagai alam pekerjaan saya yang sebenar. Insyaallah.

Karya : Puisi (Kenangan Terindah, Erti Kehidupan, Taman Rintangan, Perjuangan & Di Sebalik Kuala Lumpur) manakala cerpen (Misteri Di Sebalik Kolej Pelita, Menyelamatkan Bunga Hati & Pipus Kak Nab). Disiarkan juga melalui akhbar Mingguan Malaysia bermula tahun 2021 dengan menggunakan nama pena “Za’omel B.”. Puisi (Tahun Tak Sempurna Dulu & Vaksin). Mempunyai tiga antologi bersama, iaitu Antologi C Antagonis : Puisi Puisi Kesan Pandemik, Antologi Puisi-Puisi Cinta Ramadan, dan Antologi Citra Kebenaran.

Hershanas

Assalamualaikum! I am a writer who is still in my teen years and has only started to get deeper into the world of writing.

Has learnt the ways of writing from my teachers at my school and now, I am a part of ThinkerCamp Publication’s writers.

Writing has always been my hobby and passion ever since I am still in elementary school.

At first, I wasn’t quite serious about writing and only wrote a bunch of short stories for personal entertainment.

Who would’ve guessed that right now, I am able to right a handful of e-novels and stories?

I hope that I could polish my talent in writing by being with all of the respected publication team. Writing is one of my method to spread my knowledge regarding Islam.

I am so happy to a part of the team!

S.Aisha A.Yusop

Assalamualaikum! Hello! I’m a novice to writing. My first foray with Thinkerbook was when I became involved in ‘Antologi Angker’, an e-book publication and I was intrigued as it was my maiden attempt.

I see Thinkerbook as a melting pot for both experienced and newbie writers. Much can be learned and gained from the knowledge, skills, experiences and thoughts that are shared and while motivating one another in our pursuit in writing. There are also various opportunities and platforms that are shared and given.

I find Dr. Raiha Ahmad, the CEO, unassuming and nurturing. She often held zoom sessions to guide, develop and upskill us writers. The Thinkerbook team are also warm and helpful. Any feedback and suggestions shared were taken in good stride and was also much appreciated.

Thank you Dr. Raiha Ahmad & Thinkerbook Team!

Karya : Sajak 'Wasiat' dan 'Mampu', Berita Minggu Singapura (2019), Cerpen 'Sesalan' dalam Pandemik terbitan UnguPen (2021)

Tuan Ahmad Shamil Othman

Saya yakin bersama ThinkerBook atas nasihat dan dorongan luar biasa Dr Raiha Ahmad di dalam kelas anjuran ThinkerBook.

ThinkerBook mempunyai komitmen yang tinggi dalam membantu penulis-penulis untuk meningkatkan kualiti penulisan, motivasi diri dan matlamat menulis atas landasan yang betul.

InshaaAllah, karya-karya saya akan terus bersama ThinkerBook.

Karya : Cerpen Bakti Kehidupan, Lawak 1, Jerai Jelapang Hatiku

Loading…

Home
Account
0
Cart
Gallery
Search